Monday, April 22, 2019

Posting Pertama - Pengenalan

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

1. Posting pertama aku dalam blog ini. Blog ini aku wujudkan untuk mencatat peristiwa penting yang pernah atau sedang atau akan berlaku (insyaAllah) dalam hidup aku.

2. Aku tujukan khas blog ini untuk isteri dan anak2 aku agar mereka boleh baca coretan aku ni nanti bila aku dah tiada.

3. Segala biodata dan maklumat diri aku dan juga keluarga, serta sesiapa sahaja akan aku rahsiakan agar tidak mengguris hati mana2 pihak. 

4. Di saat Facebook dan Instagram sedang menggila, aku lebih cenderung untuk berkongsi kisah hidup aku di sini. 

5. Penulisan menjadi pilihan aku. Lebih menggunakan akal dan fikiran. Juga pandangan dan pendapat dari aku juga lebih selesa di sini. 

6. Antara perancangan aku untuk blog ini aku ingin muatkan kisah2 kenangan manis dan pahit aku sewaktu kecil, juga sewaktu remaja, dan zaman muda sewaktu di Maktab Perguruan dan Universiti. 

7. Juga aku akan kongsikan sejarah2 awal aku bermasyarakat, dan perjuangan aku di dalam PAS tidak lupa jawatan2 yang diamanahkan kepada aku dalam PAS.

8. Tidak lupa aku juga akan muatkan kisah2 suka duka hidupku sebagai seorang pendidik. 

9. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan aku menyusun kata dalam blog ini. 

Assalamualaikum.